Friday, January 28, 2011

aku di sini

aku di sini,
menantimu dengan seribu kesabaran,
melayanmu dengan sejuta kegembiraan,
namun, menyayangimu dengan satu perasaan,
cinta..

aku di sini,
tetap setia berada di sisimu,
tidak akan pernah pergi,
dan tidak akan pernah melepaskanmu,

walaupun matahari lupa untuk terbit,
dan bintang lupa untuk berkelip,
angin pula lupa untuk bertiup,
aku akan tetap di sini, 
di sisimu,

andainya aku sudah tiada, 
sentiasa ingatlah,
mungkin aku sudah pergi,
dari sisimu,

namun,
ketahuilah sayang,
bahawa aku akan tetap di sini,
di dalam hatimu,
bersama cintaku yang mekar,
seperti jernihnya air sungai,
yang tidak akan pernah lupa,
untuk terus mengalir,

seperti aku,
yang juga tidak akan pernah lupa,
untuk sentiasa mencintaimu,
sepenuh hatiku..